More

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan RM399

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing Phone (4b) dilengkapi cip Qualcomm Snapdragon 6 Gen 4 dan mengekalkan rekaan lut sinar berserta pencahayaan Glyph Bar.

    Telefon ini menggunakan skrin 6.77 inci AMOLED 120Hz dengan kecerahan puncak 2,000 nits, sistem kamera utama 50MP berserta OIS dan kamera sudut lebar 8MP serta menjalankan sistem operasi Nothing OS 4.1 berasaskan Android 16.

    Nothing menjanjikan tiga kemaskini versi Android dan enam tahun kemaskini keselamatan. Bagi pembelian Phone (4b) dari 8 September hingga 20 October, pelanggan ditawarkan harga promosi pembeli terawal RM1,499 beserta hadiah percuma berupa Nothing Foldable Backpack dan Nothing Phone Wrist Strap sementara stok masih ada.

    Model ini ditawarkan dalam pilihan warna putih, hitam dan biru. Sementara itu, Nothing Ear (3a) hadir dengan pemacu dinamik 12mm, pembatalan hingar aktif (ANC) sehingga 45dB dan mod Audio Capture yang merangkumi fungsi Audio Snapshot serta rakaman panggilan. Bekas pengecasnya turut memaparkan lampu status 3-LED baharu dengan ketahanan bateri keseluruhan sehingga 42 jam.

    Ear (3a) ditawarkan dalam warna hitam, putih, kuning dan merah jambu. Kedua-dua peranti kini boleh didapati menerusi jualan terbuka di laman web rasmi Nothing Malaysia, Shopee, Lazada, TikTok Shop serta pengedar sah seperti Nothing Image Store, TMT dan Urban Republic. Kedua-dua produk ini masing-masing dijual pada harga rasmi RM1,599 dan RM399.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured