More

    Nothing umum Essential dan Playground – langkah pertama ke arah OS berasaskan AI

    Nothing hari ini memperkenalkan Essential iaitu usaha pertama ke arah sistem operasi AI-native. Berbeza dengan sekadar antaramuka baharu, Essential dibangunkan sebagai perisian yang menyesuaikan diri dengan pengguna. Melalui Essential Apps, pengguna boleh membina aplikasi mini hanya dengan arahan bahasa semula jadi.

    Contohnya, resit daripada kamera boleh terus ditukar kepada PDF, jadual dan mesej boleh diringkaskan dalam satu ringkasan mesyuarat atau mencipta penjejak emosi yang diselaraskan dengan senarai muzik. Aplikasi ini dijana AI dan boleh ditambah ke skrin utama. Buat masa ini, Phone (3) menyokong sehingga enam widget serentak manakala model lama dihadkan kepada dua.

    Akses diberikan secara berperingkat kerana ia masih di peringkat alpha. Selain itu, Playground dilancarkan sebagai hab komuniti untuk mencipta, mengubah suai, berkongsi dan memuat turun inovasi baharu. Di sini, pengguna boleh berkongsi aplikasi Essential, pratetap kamera, profil EQ hinggalah “Glyph toys”.

    Sesiapa yang ingin membangunkan aplikasi perlu memohon akses khas melalui laman web rasmi. Playground kini boleh dicapai di playground.nothing.tech. Nothing turut memperkenalkan Essential Space dan Essential Search untuk membantu pengguna merekod idea, mengurus inspirasi dan mencari maklumat dengan pantas.

    Seterusnya, ciri Essential Memory akan dilancarkan yang membolehkan peranti memunculkan semula butiran yang terlupa berdasarkan corak penggunaan harian. Menurut Nothing, semua fungsi ini dibina dengan prinsip privasi sebagai teras data disimpan secara lokal secara lalai, manakala penggunaan storan awan hanya berlaku jika pengguna sendiri memilihnya.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...