More

    NSRC rekod kerugian RM1.34 bilion akibat penipuan dalam talian pada 2023

    Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) merekodkan kerugian RM1.34 bilion daripada 33,234 kes jenayah dalam talian dari 1 Januari hingga 8 Disember tahun lepas. Timbalan Menteri Perhubungan, Teo Nie Ching berkata angka itu berdasarkan rekod yang diperoleh NSRC daripada laporan mangsa melalui talian hotline 997.

    Tambahnya, kerugian itu melibatkan enam modus operandi dengan penipuan pelaburan mencatatkan kerugian paling banyak RM437 juta, diikuti e-dagang (RM383 juta), telekomunikasi (RM334 juta), e-kewangan (RM104 juta), penipuan cinta (RM41 juta) dan pinjaman tidak wujud (RM39 juta).

    Angka-angka ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2022 yang mencatatkan kerugian RM804 juta dan pada 2023, jumlah ini meningkat kepada RM1.34 bilion. Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai helah sindiket jenayah dalam talian terutama dalam pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: FB Kementerian Komunikasi

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured