More

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga RM1,099

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti 5G mampu milik yang dilengkapi spesifikasi harian serta fungsi berasaskan kecerdasan buatan (AI).

    Ia dilengkapi skrin HD+ bersaiz 6.75 inci dengan sokongan kadar kesegaran 120Hz dan teknologi wet touch untuk penggunaan ketika tangan basah. Selain itu, nubia A77 5G melepasi penarafan IP64 bagi rintangan debu dan percikan air serta mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan bicu audio 3.5mm.

    Dalaman peranti dikuasakan oleh cip Unisoc T8300 Ultimate bersama memori RAM 6GB (ditambah Dynamic RAM 8GB) dan storan dalaman 128GB. Pengguna boleh menambah ruang storan menerusi slot kad microSD sehingga 2TB. Bateri berkapasiti 5,000mAh menyokong pengecasan pantas 22.5W serta ciri bypass charging dengan jaminan kesihatan bateri selama empat tahun.

    Sistem kamera merangkumi tetapan dwi-kamera belakang 50MP AI dan kamera hadapan 8MP. Ciri fotografi disokong oleh keupayaan Multi-Camera Simultaneous Recording, AI Scene Recognition, Super Night Shot dan Auto HDR. Peranti menjalankan sistem operasi Android 16 dan turut menyediakan fungsi AI seperti Circle to Search, AI Translate, AI Memory, AI Smart Reply dan AI Noise Reduction untuk panggilan.

    Di Malaysia, nubia A77 5G ditawarkan pada harga RM1,099 untuk pilihan warna Obsidian Black. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured