More

    Nubia bakal lancarkan telefon pintar ejen AI pertama di dunia

    Nubia mengesahkan perancangan untuk memperkenalkan model telefon pintar terbaharu yang dilengkapi dengan sistem ejen kecerdasan buatan (AI) pada hujung bulan ini. Peranti ini merupakan telefon pintar dengan ejen AI pertama di dunia dan dijadualkan membuat kemunculan sulung di World Artificial Intelligence Conference (WAIC) 2026.

    Berbeza dengan fungsi AI sedia ada yang terhad kepada penjanaan kandungan atau menjawab pertanyaan, ejen AI pada peranti ini disepadukan terus ke dalam sistem operasi. Nubia mendakwa ejen AI tersebut mampu memahami permintaan bahasa semula jadi dan melakukan tindakan berbilang langkah tanpa campur tangan pengguna.

    Sebagai contoh, pengguna boleh mengarahkan peranti untuk menempah tiket penerbangan paling murah. Ejen AI akan membuka aplikasi berkaitan, membandingkan harga, mengisi maklumat tempahan serta melengkapkan proses pembayaran secara automatik. Keupayaan ini dicapai melalui seni bina ejen GUI dan model bahasa besar yang diproses secara on-device.

    Teknologinya membolehkan AI memahami serta mengendalikan antara muka aplikasi secara visual selain menggunakan API aplikasi. Selain itu, ZTE turut menyertakan teknologi penjadualan pintar CoClaw bagi membolehkan kolaborasi yang lancar antara aplikasi dan ekosistem bagi tujuan automasi.

    Sama-sama nantikan kemunculannya dan kongsi pendapat anda di Facebook kami serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured