More

    nubia Neo 3 GT 5G Free Fire Edition rasmi di Malaysia – hanya 500 unit, harga RM1,399

    nubia Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran nubia Neo 3 GT 5G White Hailstone Limited Edition x Free Fire iaitu edisi khas yang hanya dikeluarkan 500 unit di seluruh negara. Model ini mula dijual 13 November 2025 dengan tawaran rebat segera RM200 sepanjang tempoh promosi bulan November.

    Dijual pada harga RM1,399, telefon ini hadir dengan konfigurasi RAM 8+12GB dan storan 256GB lengkap dengan kotak hadiah eksklusif bernilai RM299 yang mengandungi gamepad, Demi badge dan sarung telefon edisi khas Free Fire. Pembelian boleh dibuat melalui Shopee Official Store nubia Malaysia atau kedai fizikal di IOI City Mall Putrajaya, IOI Mall Puchong dan Lowyat Plaza.

    Peranti ini dikuasakan cip Unisoc T9100 6nm 5G dan dilengkapi paparan OLED 120Hz, sistem penyejukan VC 4,083mm² serta bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 80W. Ia turut menampilkan sistem kamera AI 50MP, audio stereo DTS:X Ultra dan beberapa ciri AI pintar seperti terjemahan masa nyata serta AI Conversation Translate.

    Setiap unit edisi White Hailstone direka dengan kemasan khas berinspirasi Free Fire yang disasarkan kepada peminat permainan mudah alih dan kolektor. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...