More

    nubia Neo 5G bakal dilancar di Malaysia: Pra-tempah apada harga RM869 sehingga 23 Julai 2023

    ZTE mengumumkan nubia Neo 5G yang akan datang ke Malaysia yang menawarkan pelbagai ciri untuk meningkatkan pengalaman gaming. Ia menawarkan paparan ultra licin, kadar segar semula 120Hz, RAM 18GB dan ROM 256GB untuk prestasi pantas dan cekap.

    Ia dikuasakan oleh UNISOC T820 2.7GHz memberikan kelajuan dan responsif yang sangat baik. Peranti ini juga dilengkapi dengan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan 22.5W bersama peningkatan audio, sokongan dwi SIM 5G dan sistem pelesapan haba berbilang lapisan dengan jumlah kawasan pelesapan haba kira-kira 15416mm2.

    Selain itu, nubia Neo 5G menampilkan ketebalan 7.98mm membawa reka bentuk estetik dalam warna Phantom Black dan War-Damaged Yellow.
    Dalam pada itu, nubia juga mengumumkan perkongsiannya dengan Jelajah Edu Ampro Clash Series (ACS), IP kejohanan yang dimiliki oleh CRIT Esports Malaysia dengan menganjurkan sejumlah empat acara e-sukan merentasi tiga kolej berprestij: Kolej Sunway, Kolej APU dan Universiti Monash Malaysia.

    Kemuncak acara ini adalah Grand Final yang dijadualkan pada 19 dan 20 Ogos 2023 di Paradigm Mall di mana pasukan teratas akan bertarung untuk merebut gelaran juara.

    Untuk meraikan pelancaran, nubia menawarkan promosi pra-tempah eksklusif di kedai rasminya di Shopee di mana pelanggan boleh mendapat ganjaran yang banyak dan unit terhad Red Magic Turbo Cooler (bernilai RM269) secara percuma antara 16 Julai dan 23 Julai 2023. Selain itu, 50 pra-tempah pertama layak mendapat potongan RM30 daripada harga runcit memberikan harga RM869 (RRP: RM899).

    Anda boleh membuat pra-tempah dengan satu klik di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...