More

    nubia Play 5G dijangka akan dilancar sebagai nubia Red Magic 5G Lite untuk pasaran antarabangsa

    Pada April lalu, telefon pintar gaming nubia Play 5G telah dilancarkan di China. Biasanya telefon daripada syarikat tersebut tidak boleh didapati dalam kebanyakan negara namun mereka mungkin akan menjenamakan semula Play 5G kepada Red Magic 5G Lite untuk pasaran antarabangsa.

    Maklumat ini diperolehi daripada pengiktirafan Global Certification Forum (GCF) dan Eurasian Economic Commission (EEC), menurut pengguna Twitter yang bernama Sudhanshu. Dalam kedua-dua pengiktirafan tersebut, boleh dilihat bahawa peranti tersebut disenaraikan sebagai Nubia Red Magic 5G Lite.

    Memandangkan kedua-dua pengiktirafan tersebut sudah dikeluarkan, tarikh pelancaran Red Magic 5G Lite mungkin akan berlaku dalam masa terdekat. Tidak keterlaluan jika ia akan dilancarkan pada bulan ini atau Julai.

    Jika ia adalah nubia Play 5G yang dijenamakan semula, besar kemungkinan ia turut mempunyai spesifikasi yang sama seperti Snapdragon 765G, paparan AMOLED 6.65 inci dengan kadar segar semula 144Hz, sistem penyejukan ICE 2.5, dan bateri 5,100mAh.

    Adakah anda merasakan akan terdapat perbezaan antara nubia Play 5G dengan nubia Red Magic 5G Lite? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured