More

    nubia Red Magic 5G dilancarkan: Skrin gaming 144Hz, RAM 16GB dan Snapdragon 865 bermula dengan ~RM2,302

    nubia kini secara rasminya melancarkan telefon pintar gaming nubia Red Magic 5G di China semalam! Peranti ini hadir dengan skrin gaming 144Hz, RAM 16GB dan cipset Snapdragon 865. Kami akan perkenalkan peranti ini kepada anda!

    Memetik melalui pelancarannya, skrin dengan kadar segar semula 144Hz ini adalah 20% lebih pantas daripada skrin dengan kadar segar semula 120Hz, manakala 61% lebih pantas daripada skrin 90Hz. Dengan modulasi GPU Qualcomm, peranti ini dapat menggunakan kehebatan ekstrem platform mudah alih GPU Adreno 650 pada Snapdragon 865. nubia Red Magic turut hadir dengan sokongan memori LPDDR5 dan memori flash UFS 3,0. Semak spesifikasi asas peranti ini di bawah!

    Ciri teknologi dan spesifikasi nubia Red Magic 5G

    • Paparan AMOLED 6.65 inci
    • Skrin gaming dengan kadar segar semula 144Hz + kadar sentuhan (rouch sampling rate) 240Hz
    • Cipset Snapdragon 865
    • RAM 8GB/12GB/16GB + ROM 128GB/256GB
    • Sokongan LPDDR5 + memori UFS 3.0
    • Tiga kamera utama 64MP (lensa utama) + 8MP (ultra sudut-lebar) + 2MP (lensa makro)
    • Kamera selfie hadapan 8MP
    • Bateri 4,500mAh
    • Menyokong pengecasan pantas 55W
    • Menyokong sistem penyejukan multi-dimensi ICE 3.0
    • Sensor cap jari

    Kami tahu setelah anda mengetahui spesifikasinya, anda pasti ingin mengetahui tentang prestasinya. Peranti ini telah mencapai mata 639,856 pada platform AnTuTu! Jika dipertimbangkan prestasi di AnTuTu, ditambah pula dengan teknologi pelesapan haba ICE 3.0 dilengkapi kelajuan kipas emparan sehingga 15,000 rpm (Revolutions per minute), anda pasti kagum!

    Mengenai kamera pula, nubia Red magic 5G ini dilengkapi tetapan tiga kamera utama 64MP (SONY IMX868) + 8MP (ultra sudut-lebar + 2MP (lensa makro) dan kamera selfie 8MP. Berita baik, anda juga boleh menikmati fungsi bicu audio 3.5mm kesukaan anda!

    Berkenaan harga, nubia Red Magic 5G edisi Eclipse Black, Hot Rod Red dan Pulse Neon hadir dengan varian 8GB + 128GB, 3799 Yuan (lebih kurang RM2,303), 12GB + 128GB, 4099 Yuan (lebih kurang RM2,490), 12GB + 256GB, 4399 Yuan (lebih kurang RM2,672) dan varian 16GB + 256GB, 4999 Yuan (lebih kurang RM3,061).

    Jika anda berminat dengan versi lutsinar (Transparent Edition), ia hadir dengan varian 12GB + 256GB dengan harga 4599 Yuan (lebih kurang RM2,794) dan varian 16GB + 256GB dengan harga 5199 Yuan (lebih kurang RM3,185).

    Adakah anda berminat untuk menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechNave中文版

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...