More

    nubia Red Magic 5S akan dilancarkan pada 28 Julai

    Selepas presiden nubia memberi petunjuk tentang telefon gaming Red Magic 5S pada minggu lalu, kini syarikat tersebut telah memberi tarikh rasmi untuk pelancarannya iaitu pada Selasa, 28 Julai.

    Telefon ini dijangkakan akan dilengkapi spesifikasi yang lebih tinggi berbanding Red Magic 5, termasuk cipset Snapdragon 865 Plus dan skrin dengan kadar segar semula 144Hz serta kadar sentuhan (touch sampling rate) 240Hz. Selain itu, ia juga bakal dilengkapi sistem penyejukan yang diperbuat daripada perak untuk pelesapan haba yang lebih cekap berbanding tembaga atau emas.

    Nampaknya bulan ini penuh dengan pelbagai telefon pintar gaming flagship yang dilengkapi Snapdragon 865 Plus termasuk ASUS ROG Phone 3 dan Lenovo Legion. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Techradar

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured