More

    nubia Red Magic 6S Pro bakal dilancar 6 September, miliki cipset SD888+

    Hari ini nubia mengumumkan untuk melancarkan sebuah lagi telefon baharunya iaitu Red Magic 6S Pro. Sebelum ini, tertiris beberapa maklumat bahawa nubia sedang membangunkan sebuah telefon pintar.

    nubia Red Magic 6S Pro dilancarkan di pasaran China pada 6 September. Melalui poster yang telah dikeluarkan oleh nubia, pelancaran telefon ini akan disertai oleh syarikat permainan video popular iaitu Tencent.

    Menurut sumber, telefon ini mungkin dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 888+ dan menyokong pengecasan pantas 120W. Kami mengharapkan lebih banyak maklumat pada masa akan datang.

    Adakah anda menantikan nubia Red Magic 6S Pro ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured