More

    nubia Red Magic 6S Pro dilancar: Snapdragon 888+, AMOLED 6.8″ 165Hz bermula ~RM2,485

    nubia telah melancarkan telefon andalan gaming terbaru iaitu nubia Red Magic 6S Pro yang dilengkapi cipset Qualcomm tercanggih setakat ini, Snapdragon 888 Plus. Ini adalah varian terbaru kepada siri nubia Red Magic 6 yang diperkenalkan pada Mac lalu.

    Cipset tersebut menyediakan prestasi terpantas untuk penggiat gaming mudah alih, dengan teras CPU utama Cortex-X1 2.995GHz. Bagi menyejukkan haba tinggi yang dihasilkan daripada cipset ini, Red Magic 6S Pro dilengkapi sistem penyejukan ICE 7.0 yang mempunyai teknologi phase change materials (PCM). Ia berfungsi dengan menyerap haba daripada cipset tersebut dan melesapkannya secara perlahan-lahan.

    Untuk meningkatkan lagi pelesapan haba, Red Magic 6S Pro dilengkapi kipas yang berputar pada kadar 20,000rpm untuk meningkatkan aliran udara sebanyak 30% berbanding Red Magic 6 Pro. Walaupun dengan kipas yang lebih laju, nubia mengatakan ia tidak akan menghasilkan bunyi yang terlalu bising.

    Red Magic 6S Pro dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.8 inci dengan resolusi 1080×2400, gamut warna DCI-P3 100% 8-bit, keterangan 700 nits, kadar segar semula 165Hz dan material Gorilla Glass. Untuk kadar bacaan sentuhan pula, ia adalah antara yang tertinggi dalam industri iaitu sebanyak 720Hz, lebih tinggi berbanding 600Hz dalam Red Magic 6 Pro.

    Ia turut mempunyai sepasang butang trigger di bahagian bucu dan belakang telefon dengan kadar bacaan sentuhan 450Hz. Daripada segi bateri, ia mempunyai kapasiti 5,050mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W, namun ia hanya dipasarkan bersama pengecas 30W sahaja.

    Untuk fotografi, ia dilengkapi kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman, manakala di hadapan pula adalah kamera swafoto 8MP. Satu ciri yang menarik adalah pengimbas cap jari dalam skrin yang turut mengesan kadar degupan jantung bagi meningkatkan tahap keselamatan biometrik. Port telefon ini terdiri daripada USB-C dan bicu audio 3.5mm.

    Berikut adalah senarai varian untuk Red Magic 6S Pro:

    • 12GB+128GB berwarna hitam Cyborg Black: USD599 (~RM2,485)
    • 16GB+256GB berwarna hitam Cyborg Black: USD699 (~RM2,900)
    • 16GB+256GB berwarna lutsinar Ghost: USD729 (~RM3,025)

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon gaming ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Nubia

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured