More

    Nubia Red Magic 7S Pro muncul dalam Geekbench, dilengkapi SD 8+ Gen 1, RAM 16GB dan Android 12

    Kini, peranti Nubia yang dikenali ramai untuk gaming kini dilhat membawa satu lagi barisan Red Magic 7 iaitu Nubia Red Magic 7S Pro. Ia telah dilihat dalam penyenaraian Geekbench mempamerkan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 bersama-sama dengan RAM 16GB dan Android 12.

    Nubia Red Magic 7S Pro atau dengan nama produk NX709S mendapat markah 1353 dalam ujian teras tunggal dan 4296 dalam berbilang teras. Itu selaras dengan prestasi Snapdragon 8+ Gen 1 yang merupakan cipset yang terbaik pada akan datang.

    Nubia akan memperkenalkan siri 7S pada 11 Julai dengan Red Magic 7S dan 7S Pro. Kedua-duanya akan memperoleh cipset terbaharu Qualcomm tetapi akan berbeza dalam beberapa aspek. 7S akan mempunyai bateri 4,500mAh manakala Pro akan mempunyai kapasiti bateri 5,000mAh.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured