More

    nubia Red Magic Gaming Tablet akan dilancar pada 5 Julai 2023, dilengkapi SD 8+ Gen 1 dan skrin 12.1″

    Selain melancarkan telefon pintar gaming Red Magic 8S Pro, nubia akan turut melancarkan sebuah tablet yang dikhaskan untuk bermain permainan video iaitu nubia Red Magic Gaming Tablet pada 5 Julai 2023 di China.

    nubia turut berkongsi beberapa spesifikasi utama untuk tablet tersebut, di mana ia bakal dilengkapi bateri besar berkapasiti 10,000mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 80W.

    Untuk skrin, Red Magic Gaming Tablet bakal dilengkapi skrin LCD berukuran 12.1 inci dengan kadar segar semula 120Hz, nisbah aspek 16:10 dan resolusi 2.5K (2560×1600). Ia boleh mencapai kecerahan puncak 600 nits, kedalaman warna 10-bit dan gamut warna DCI-P3 sebanyak 100%.

    Spesifikasi dalamannya pula akan terdiri daripada cipset Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 12GB, storan dalaman 512GB, sistem operasi Android 13 dengan antara muka MyOS 13 dan sokongan untuk rangkaian 5G. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 13MP dan kamera swafoto 16MP.

    Tablet ini dikhabarkan adalah sebuah peranti yang dijenamakan semula daripada ZTE Axon Pad yang dilancar pada bulan April lalu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured