More

    nubia RedMagic 6 bakal dilengkapi kadar segar semula 160Hz, bacaan sentuhan 500Hz

    nubia mungkin masih tidak dikenali dalam kalangan peminat telefon pintar tempatan kerana peranti gaming ini biasanya tidak masuk di pasaran Malaysia. Terkini, peranti gaming terbaru dari nubia yang bakal hadir, Red Magic 6 dilapor memiliki spesifikasi skrin yang tinggi.

    Menurut laporan, syarikat nubia sendiri yang mendedahkan maklumat spesifikasi skrin Red Magic 6. Peranti gaming ini bakal dilengkapi skrin dengan kadar segar semula 160Hz dan kadar bacaan sentuhan 360Hz (penggunaan lebih satu jari) dan bacaan sentuhan hingga 500Hz (penggunaan satu jari).

    Selain itu, ia juga bakal hadir dengan butang sisi yang memiliki kadar bacaan sentuhan 400Hz dan mempunyai teknologi sistem penyejukan cecair dan udara.

    Sepintas lalu, ia bakal dilengkapi Snapdragon 888, bateri 4500mAh dan cas pantas 120W yang dikatakan lebih pantas dari pesaing-pesaing dalam industri. Anda boleh menyemak berita lepas mengenai nubia Red Magic 6 di pautan ini.

    Beritahu pandangan anda mengenai peranti gaming ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured