More

    nubia Watch diumumkan dengan skrin AMOLED 4.01 inci, sokong e-SIM berharga ~RM1,091

    Selain peranti gaming nubia Red Magic 5S yang diumumkan semalam, nubia turut mengumumkan nubia Watch. Jam tangan pintar dengan ciri skrin menarik ini diumumkan dengan penawaran harga pada 1799 Yuan (~RM1,091).

    nubia Watch dilengkapi skrin panjang melengkung AMOLED 4.01 inci dengan ruang kawalan di sisi jam. Jam tangan pintar dari nubia ini tampil dengan binaan material keluli tahan karat 316L dan aluminium. Tali jam tangan pintar ini pula tampil dengan kulit Napa dengan gabungan silikon biasa.

    Lebih menarik, nubia Watch hadir dengan sokongan e-SIM, NFC, Bluetooth5.0 dan WiFi. Ini bermakna ia boleh berfungsi dengan sendiri tanpa bantuan telefon pintar. Ia juga boleh berfungsi sebagai penjejak kesihatan yang mampu menjejak aktiviti sukan anda dan kesihatan anda.

    nubia Watch hadir dengan pilihan warna Knight Black, War Armor Green dan Red Flame Red. Setakat ini, pra-tempahan hanya dibuka di pasaran China sahaja dengan harga 1,799 Yuan (~RM1,091). Kami juga masih ketiadaan maklumat berkenaan kehadirannya di pasaran Malaysia.

    Selain itu, nubia turut mengumumkan fon telinga Truly Wireless Stereo (TWS) yang bernama Red Magic TWS dengan kesan pencahayaan RGB. Terdapat mod latensi rendah dan jangka hayat bateri hampir 20 jam/

    Red Magic TWS berharga 299 Yuan (~RM181) di pasaran China. Namun, kami juga ketiadaan maklumat mengenai kehadirannya di pasaran Malaysia.

    Adakah anda berminat dengan nubia Watch yang bercirikan rekaan skrin AMOLED unik ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured