More

    nubia Z40 Pro dilancar: SD 8 Gen 1, AMOLED FHD+ 6.67” 144Hz dan kamera 64MP bermula ~RM2,260

    nubia Z40 Pro baru sahaja diumumkan di pasaran China. Ia membawakan sensor Sony IMX787 64MP baharu dengan lensa 35mm manakala edisi terhad Graviti ialah telefon pintar Android pertama dengan pengecasan wayarles magnetik.

    Bahagian hadapannya menggunakan panel AMOLED FHD+ 6.67 inci, kadar penyegaran 144Hz dan liputan gamut warna 100% DCI-P3. nubia berkata Z40 Pro boleh mencapai kecerahan 1,000 nits. nubia Z40 Pro menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 1 dan hadir dalam tiga kapasiti RAM iaitu 8GB, 12GB dan 16GB serta empat pilihan storan 128GB, 256GB, 512GB dan 1TB.

    Bahagian belakang peranti ini menempatkan tiga kamera yang terdiri daripada sensor utama Sony IMX787 64MP dengan OIS + ultra lebar 50MP 116° + kamera periskop 8MP 9x dengan OIS. Kamera swafotonya menggunakan sensor 16MP. Terdapat Edisi Graviti yang dilengkapi bateri 4,600 mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W melalui wayar serta pengecasan magnet.

    Versi lain Z40 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 5,000 mAh dan sokongan pengecasan berwayar 80W. Peranti ini menggunakan antara muka MyOS 12 berasaskan Android 12. nubia dilengkapi Z40 Pro dengan port USB 3.1 dengan penyambung USB-C, NFC dan pengimbas cap jari bawah paparan.

    Harga ZTE nubia Z40 Pro bermula dari CNY3,399 (~RM 2,260) dan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu hitam atau perak dengan memori 8+128 GB. Edisi Graviti pula bermula daripada CNY4,299 (~RM 2,860) untuk 12+256GB.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...