More

    Nubia Z50 Red Rabbit Edisi Terhad dilancar, istimewa bersempena Tahun Baru Cina bermula ~RM1,940

    Bersempena sambutan Tahun Baru Cina,Nubia telah melancarkan Nubia Z50 Rabbit Edisi Terhad. Nubia Z50 Year of the Rabbit Edisi Terhad telah direka bentuk dengan jalur warna merah dan bahagian belakang telefon mempunyai simbol zodiak khas “Arnab Emas”.

    Daripada segi spesifikasi, Nubia Z50 menampilkan paparan AMOLED FHD+ melengkung 6.67 inci dengan resolusi skrin 2400 x 1080 piksel, kedalaman warna 10-bit, kadar penyegaran 144Hz dan kecerahan puncak 1000nit. Ia dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dipadankan bersama RAM LPDDR5x 16GB dan storan UFS 4.0 1TB.

    Bahagian belakangnya terdapat persediaan dwi-kamera yang menampilkan sensor kamera utama Sony IMX787 64 MP f/1.6 dan sokongan OIS serta sensor Samsung S5KJN1 50MP dengan lensa ultra lebar 116° dengan sokongan autofokus untuk tangkapan makro. Bahagian hadapan telefon ini pula mempunyai kamera swafoto 16 MP.

    Telefon ini mempunyai tiga warna pada asalnya iaitu hitam, putih dan hijau. Kini, terdapat pilihan warna keempat iaitu merah dalam barisannya. Untuk butiran lanjut mengenai telefon ini, anda boleh klik sini.

    Harga Z50 Red Rabbit Edisi Terhad bermula daripada CNY2999 (~RM1,940) dengan spesifikasi tertinggi 12/512GB berharga CNY4199 (~RM2,716). Ia boleh dibeli di China melalui ZTE Mall. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon edisi terhad ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    NaviX Ultra: Cubaan kedua Nubia buat telefon AI

    Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu Nubia NaviX Ultra dalam pasaran China. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon berasaskan ejen AI...

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured