More

    nubia Z50S Pro bakal dilancar pada 20 Julai 2023

    Anak syarikat ZTE, nubia, semakin popular sejak kebelakangan ini, dengan barisan Red Magic 8S Pro yang bakal dilancar pada 18 Julai ini secara global. Kini, syarikat itu telah mengesahkan satu lagi peranti lain, nubia Z50S Pro untuk dilancarkan pada 20 Julai 2023.

    Di halaman Weibo, syarikat itu mendedahkan beberapa imej promosi mengenai peranti itu yang memberi penekanan tambahan pada kameranya. Nampaknya, kamera utama Z50S Pro telah dinaik taraf daripada lensa 35mm Z50.

    Acara itu akan berlangsung di China pada 20 Julai ini jam 2:00 petang waktu tempatan. Buat sementara ini, tidak pasti sama ada ia akan dikeluarkan di pasaran global atau eksklusif di China sahaja.

    Berdasarkan penyenaraian Geekbench, Z50S Pro dijangka akan menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 yang dipasangkan dengan RAM 12GB dan sistem operasi ZTE MyOS 13 berdasarkan Android 13.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured