More

    nubia Z60 Ultra rasmi di Malaysia: SD 8 Gen 3, IP68 & bateri 6,000mAh berharga RM3,799

    Dengan penjenamaan semula ZTE kepada ZTE | nubia, syarikat nubia turut melancarkan Telefon pintar nubia Z60 Ultra dibangunkan bertujuan untuk merevolusi pengalaman pengguna dengan reka bentuk terkemuka, sistem fotografi mudah alih NEOVISION yang revolusioner dan prestasi yang cemerlang.

    Dengan teknologi Flexible UDC Full Screen, ia menawarkan pengalaman tontonan yang jelas bersama kestabilan paparan yang dipertingkatkan oleh skrin BOE Q9+ yang baru. Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 memastikan prestasi yang lancar dalam pelbagai tugas. Ia turut membawa penarafan kalis debu dan air IP68, menjadikannya pilihan yang ideal untuk pengguna yang mencari telefon pintar yang tahan lama.

    Mempunyai susunan tri-kamera, ia menampilkan kamera sudut ultra lebar 50MP untuk landskap yang luas dan pemandangan langit, kamera humanistik 50MP untuk potret sebenar dan detik harian serta kamera telefoto periskop 64MP untuk fungsi zum yang lebih mendalam. Setiap kamera dilengkapi dengan Triple Optical Image Stabilization (OIS) dan dilapisi dengan penapis IR untuk meningkatkan prestasi, menjamin ketajaman dan pancaran warna dalam setiap tangkapan.

    Dengan bateri 6,000mAh dengan keupayaan pengecasan 80W, pengguna dapat menikmati pengecasan yang pantas dan sambungan yang tidak terganggu sepanjang hari.

    Berikut adalah spesifikasi ringkas nubia Z60 Ultra:

    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3
    • Skrin AMOLED 6.8 inci, DCI-P3 100%
    • RAM 16GB + 20GB dan storan 512GB
    • Penarafan kalis debu dan air IP68
    • Bateri 6,000mAh dengan keupayaan pengecasan 80W
    • Tri-kamera belakang: Kamera sudut ultra lebar 50MP, kamera humanistik 50MP dan kamera telefoto periskop 64MP
    • Warna: Hitam
    • Harga: RM3,799

    Pra-pesanan untuk nubia Z60 Ultra akan bermula daripada 4 hingga 11 April 2024 dengan hadiah percuma bernilai RM899 yang tersedia untuk masa terhad manakala stok sedia ada akan tersedia mulai 12 April ke hadapan. Ia akan tersedia di kedai rasmi Shopee nubia Redmagic MY termasuk jaminan tempatan selama 18 bulan dan perlindungan pecah skrin selama 18 bulan Redmagic TWS.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured