More

    Nubia Z80 Ultra dilancar dengan SD 8 Elite Gen 5, bateri 7,200mAh bermula ~RM2,969

    Nubia secara rasmi telah melancarkan Z80 Ultra iaitu telefon mercu yang dikuasakan oleh Snapdragon 8 Elite Gen 5, paparan 6.85 inci BOX X10 OLED dengan resolusi tinggi, kadar segar semula 144Hz, kadar sentuhan 960Hz dan kecerahan puncak mencapai 2,000 nits.

    Skrin ini juga disertakan dengan sokongan DCI-P3 100% selain perlindungan tahan lasak IP68 dan IP69. Salah satu tarikan utama Z80 Ultra ialah kapasiti baterinya yang sangat besar iaitu 7,200mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 90W dan pengecasan wayarles 80W.

    nubia memperkenalkan sistem tiga kamera dengan peningkatan ketara pada sensor utama 50MP 1/1.3-inci OmniVision LightMaster 990, ultra lebar 50MP dan periskop 64MP yang menyokong zum optikal serta rakaman makro sedekat 15 sentimeter.

    Bahagian depan pula menempatkan kamera swafoto yang diletakkan di bawah paparan. Z80 Ultra hadir dengan pilihan RAM LPDDR5X hingga 16GB dan storan UFS 4.1, dilengkapi sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 dan USB-C Gen 3.2. Sistem penyejukan cecair dalaman turut digunakan bagi memastikan prestasi cip kekal optimum walaupun ketika bermain atau buka aplikasi berat.

    Nubia Z80 Ultra turut menyertakan kit kamera khas yang mengubah telefon menjadi kamera digital bergaya retro. Aksesori ini menawarkan cengkaman lebih selesa dan butang pengatup fizikal menjadikan pengalaman fotografi lebih semula jadi serta sesuai untuk sesi rakaman panjang.

    Model ini ditawarkan dalam tiga varian seperti 12/512GB pada harga 4,999 yuan (~RM2,969), 16/512GB pada 5,299 yuan (~RM3,147) dan 16/1TB pada 5,699 yuan (~RM3,385). Pelancaran global peranti ini dijadualkan berlangsung pada 6 November 2025 dengan harga rasmi dijangka diumumkan pada tarikh sama.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ZTE Mall

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured