More

    Nvidia, AMD setuju bayar 15% hasil jualan cip AI ke China kepada kerajaan AS

    Dua gergasi teknologi Amerika Syarikat, Nvidia Corp dan Advanced Micro Devices Inc (AMD), telah mencapai persetujuan dengan kerajaan AS untuk menyerahkan 15% daripada hasil jualan cip AI ke China sebagai syarat kelulusan semula lesen eksport.

    Perjanjian itu membolehkan kedua-dua syarikat kembali menjual produk seperti Nvidia H20 dan AMD MI308 ke pasaran China selepas larangan eksport dikenakan pada April lalu atas alasan keselamatan negara. Donald Trump pada awalnya meminta 20% hasil, namun menurunkannya kepada 15% selepas rundingan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang.

    Langkah ini bagaimanapun menimbulkan kebimbangan undang-undang dan keselamatan. Beberapa bekas pegawai kerajaan serta pakar perdagangan antarabangsa memberi amaran bahawa pungutan hasil eksport seperti ini mungkin bercanggah dengan Perlembagaan AS yang melarang cukai eksport.

    Reaksi pasaran bercampur-campur dengan saham AMD melonjak lebih 2% sejurus pengumuman manakala Nvidia merekodkan pergerakan sederhana. Penganalisis pula mengingatkan bahawa pendekatan “pay-to-play” seperti ini berpotensi menjadi preseden berisiko dalam hubungan korporat-kerajaan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Awani

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...