More

    NVIDIA bakal hasilkan cip komputer berasaskan ARM, dijangka tersedia pada 2025

    Menurut berita terkini, NVIDIA telah mula mereka bentuk unit pemprosesan pusat (CPU) yang boleh menjalankan sistem pengendalian Windows dan menggunakan teknologi ARM. Sumber mendedahkan bahawa AMD juga merancang untuk mengeluarkan cip PC berasaskan ARM yang dijangka tersedia sekitar 2025.

    Langkah ini adalah sebahagian daripada dorongan Microsoft untuk syarikat cip membangunkan pemproses berasaskan Arm untuk PC Windows. Ia bertujuan untuk mencabar Apple yang membangunkan cip berasaskan ARM sendiri dan telah meningkatkan bahagian pasaran dalam komputer Mac sejak tiga tahun lalu.

    Jika berita ini benar, bermakna NVIDIA dan AMD akan menyertai barisan Qualcomm. Dilaporkan bahawa Qualcomm telah menghasilkan cip berasaskan ARM untuk komputer riba sejak 2016. Microsoft bekerjasama dengan Qualcomm pada 2016 untuk memindahkan sistem pengendalian Windows ke seni bina ARM. 

    Sumber berkata Microsoft memberikan Qualcomm perjanjian eksklusif sehingga 2024 yang tidak akan membenarkan syarikat lain memasuki pasaran. Microsoft juga menggalakkan pengeluar cip untuk memasukkan ciri kecerdasan buatan termaju ke dalam reka bentuk CPU untuk meningkatkan prestasi perisian Windows.

    Setakat ini, NVIDIA, AMD, Qualcomm dan Microsoft enggan mengulas mengenai perkara itu. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...