More

    Ini adalah sebab Omegle ditutup selepas 14 tahun beroperasi

    Omegle, platform dalam talian popular yang memudahkan sembang teks atau video tanpa nama antara individu di seluruh dunia secara tiba-tiba mengumumkan penutupannya selepas 14 tahun beroperasi.

    Pengasasnya, Leif K-Brooks membuat pengumuman bersama-sama dengan penjelasan terperinci tentang serangan berterusan ke atas perkhidmatan komunikasi termasuk Omegle berdasarkan tingkah laku pengguna yang berniat jahat.

    Beliau berkata bahawa perbelanjaan untuk menanggung kos operasi telah meningkat ditambah pula dengan tekanan dan perbelanjaan sedia ada untuk mengendalikan Omegle serta memerangi penyalahgunaannya adalah terlalu banyak. Beliau juga berterima kasih kepada mereka yang telah menaungi platform itu sejak 14 tahun lalu.

    Omegle telah dilancarkan pada tahun 2009. Laman web sembang ini membenarkan pengguna untuk bersosial dengan orang rawak dalam talian. Omegle telah digunakan secara meluas sebagai alat untuk orang ramai bertemu, berinteraksi dan berhibur. Ia telah mendapat populariti di kalangan influencer yang sering menggunakannya sebagai sumber hiburan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Omegle

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...