More

    OnePlus 10T 5G akan ditawarkan dalam warna hitam dan hijau

    OnePlus akan melancarkan varian terbaru dalam siri OnePlus 10, OnePlus 10T 5G, pada 3 Ogos 2022 dan kini mereka berkongsi lebih banyak maklumat mengenai peranti tersebut.

    Syarikat teknologi China itu mendedahkan dalam Twitter bahawa OnePlus 10T akan ditawarkan dalam dua warna iaitu hijau Jade Green dan hitam Moonstone Black.

    Telefon berwarna hitam itu dilihat mempunyai permukaan dengan sudahan yang berkerlipan, manakala warna hijau pula mempunyai permukaan yang licin dan berkilauan.

    Sebelum ini, OnePlus sudah pun mengesahkan bahawa OnePlus 10T akan dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX766, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Selain itu, ia mempunyai cipset Snapdragon 8+ Gen 1.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured