More

    OnePlus 11 mungkin akan dilengkapi pengecasan pantas 100W

    OnePlus bakal melancarkan siri telefon pintar andalan OnePlus 11 dalam masa akan datang dan setakat ini, syarikat teknologi China itu telah pun berkongsi gambar-gambar rasmi untuk telefon tersebut.

    Kini terdapat maklumat mengatakan bahawa OnePlus 11 mungkin akan dilengkapi pengecasan pantas 100W. Menurut pengiktirafan Compulsory Certification of China (3C), sebuah telefon dengan nombor model PHB110 bakal mempunyai output 11V/9.1A yang bermaksud ia bakal menyokong pengecasan pantas 100W.

    Rekaan OnePlus 11

    Telefon itu juga mungkin dijual bersama pengecas 100W dengan nombor model VCBAJACH dalam kotak. Ini adalah pengecas 100W sama yang disertakan bersama realme GT2 Explorer Master Edition.

    Jika OnePlus 11 mempunyai kadar pengecasan 100W, ini bermaksud ia mempunyai kadar pengecasan yang lebih tinggi daripada OnePlus 10 namun lebih rendah daripada OnePlus 10T yang mempunyai kadar 150W.

    Spesifikasi lain yang dijangka untuk OnePlus 11 termasuklah cipset Snapdragon 8 Gen 2 skrin AMOLED QHD+ 120Hz. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri OnePlus 11 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MySmartPrice

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured