More

    OnePlus 12 dan OnePlus 12R akan dilancar pada 23 Januari 2024

    OnePlus mengumumkan bahawa siri telefon pintar andalan OnePlus 12 akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pada hari Selasa, 23 Januari 2024 jam 7:30 malam IST (10:00 malam waktu Malaysia). Acara pelancaran itu akan dianjurkan di India dan pada masa yang sama, OnePlus juga akan menyambut ulang tahunnya yang ke-10 serta mengimbau semula kemajuan yang telah dilakukan oleh syarikat teknologi China itu.

    Siri OnePlus 12 terdiri daripada OnePlus 12 5G dan OnePlus 12R 5G, di mana varian R itu menawarkan spesifikasi yang lebih rendah dengan harga mampu milik.

    OnePlus 12 5G dilengkapi spesifikasi tercanggih untuk telefon Android generasi ini, seperti cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3, kamera 4th Gen Hasselblad Camera for Mobile dengan lensa zum periskop 3x 64MP, skrin Super Fluid AMOLED 2K 120Hz dan pengecasan pantas 100W. Sebelum ini, ia telah pun dilancar untuk pasaran China, jadi anda boleh baca artikel pelancarannya untuk maklumat lanjut.

    OnePlus 12R 5G pula adalah telefon OnePlus R pertama yang akan dilancar untuk pasaran luar India dan China. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran kedua-dua telefon untuk pasaran Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri OnePlus 12 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured