More

    OnePlus 13 akan dilancar pada Oktober 2024, mungkin telefon pertama dengan SD 8 Gen 4

    Presiden OnePlus China, Louis Lee, mengesahkan bahawa telefon pintar andalan seterusnya daripada syarikat tersebut, OnePlus 13, akan dilancar pada bulan Oktober 2024, namun tarikh spesifiknya masih belum diumumkan.

    Dalam sebuah kiriman di platform media sosial Weibo, beliau mengatakan telefon ini akan dilengkapi “cip perdana generasi terkini” yang mungkin merujuk kepada cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4. Cipset tersebut dijangka akan turut dilancar pada bulan Oktober, jadi ini mungkin bermaksud OnePlus 13 bakal menjadi telefon pertama yang dilengkapi Snapdragon 8 Gen 4.

    Ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, di mana selalunya jenama telefon pertama yang menggunakan cipset terbaru oleh Qualcomm ialah Xiaomi, seperti Snapdragon 8 Gen 3 dalam siri Xiaomi 14.

    Selain itu, Louis mengatakan OnePlus 13 boleh memainkan game Genshin Impact pada kadar bingkai 120fps yang menawarkan pengalaman amat lancar. Setakat ini, tiada telefon yang mampu memainkan Genshin Impact pada kadar bingkai tersebut.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 13 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...