More

    OnePlus 15 akan dilengkapi skrin OLED pertama dengan kadar 165Hz

    OnePlus bakal mengumumkan tarikh telefon pintar andalan (flagship) OnePlus 15 pada hari Selasa, 14 Oktober 2025. Dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir, OnePlus telah berkongsi lebih banyak spesifikasi menarik mengenai telefon ini.

    Ia bakal dilengkapi skrin OLED dengan kadar segar semula setinggi 165Hz. Ini membuatkannya jauh lebih pantas berbanding skrin pada telefon lain dan membuatkan sebarang animasi nampak lancar.

    OnePlus berkata mereka pernah mencatatkan sejarah dalam industri dengan memperkenalkan telefon pertama dengan skrin berkadar 90Hz dan 120Hz. Kini, mereka ingin melakar sejarah sekali lagi dengan melancarkan skrin 165Hz.

    Selain itu, ia juga boleh merendahkan kecerahan sehingga 1 nits untuk tontonan yang selesa pada mata dalam situasi gelap. Ia mempunyai pengiktirafan TÜV Rheinland Smart Eye Protection 5.0 Gold pagi menghasilkan pengalaman tontonan yang selesa pada mata pengguna.

    OnePlus masih belum berkongsi maklumat penuh mengenai skrinnya, namun ia dijangka bakal berukuran 6.78 inci dan mempunyai resolusi 1.5K.

    Selain kadar skrin, satu lagi spesifikasi yang sudah disahkan untuk OnePlus 15 termasuklah cipset andalan Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5. OnePlus juga telah mendedahkan rekaannya yang ditawarkan dalam warna Sand Storm.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo, Weibo

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured