More

    OnePlus 15 dilancar di Malaysia: Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan bateri 7,300mAh berharga RM4,399

    OnePlus telah melancarkan OnePlus 15 sebagai telefon andalan berprestasi tinggi, menggabungkan kuasa pemprosesan hebat, sistem kamera profesional dan ciri AI pintar dalam satu rekaan yang lebih matang. Telefon ini dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5, cip respons sentuhan 3200Hz dan cip Wi-Fi khusus untuk prestasi yang sangat lancar dalam permainan, multimedia dan pelbagai tugas.

    Ia turut hadir dengan sistem penyejukan Cryo-Velocity 360, paparan 1.5K LTPO 165Hz, bateri 7,300mAh dengan pengecasan 120W dan ketahanan ekstrem dengan pensijilan IP66/IP68/IP69/IP69K. Dalam aspek kamera, OnePlus 15 menawarkan tiga kamera 50MP dengan teknologi DetailMax Engine bersama sokongan video 4K 120fps Dolby Vision untuk rakaman profesional.

    Di bahagian perisian, OxygenOS 16 memperkenalkan ciri AI seperti Plus Mind, AI Writer, AI Recorder, dan integrasi Google Gemini yang lebih pintar. OnePlus 15 hadir dalam tiga kemasan premium dan turut disertakan aksesori rasmi seperti casing magnetik, kaca pelindung anti-pantulan, serta power bank cincin magnetik 10,000mAh. Di Malaysia, ia dijual pada harga RM4,399 dengan hadiah percuma bernilai RM368.

    Spesifikasi OnePlus 15:

    • Snapdragon 8 Elite Gen 5 + cip sentuhan 3200Hz + cip Wi-Fi khusus
    • Paparan 1.5K 165Hz LTPO, 1800 nits HBM, 1 nit minimum brightness
    • Sistem penyejukan Cryo-Velocity 360 (aerogel + white graphite)
    • Bateri 7300mAh, 120W SUPERVOOC, 50W AIRVOOC
    • Tiga kamera 50MP (main OIS + ultra-lebar AF + periskop 3.5x / 7x lossless)
    • Video 4K 120fps Dolby Vision, LOG + LUT preview
    • OxygenOS 16 dengan Plus Mind & Google Gemini AI
    • Gyroscope UAV-grade ±4000 DPS
    • Ketahanan IP66, IP68, IP69, IP69K
    • Kemasan: Infinite Black, Sand Storm, Ultra Violet
    • Harga Malaysia: RM4,399 (16GB + 512GB)

    Anda boleh dapatkannnya di Kedai Jenama OPPO, My OPPO Space, pengedar sah OPPO, kedai rasmi OPPO di Lazada, Shopee, TikTok Shop dan OPPO Estore. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured