More

    OnePlus 15 mungkin akan dilancar pada 13 Oktober 2025, akan dilengkapi Snapdragon 8 Elite Gen 5

    Telefon pintar flagship OnePlus 15 dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu pada 13 Oktober 2025 di China dan 13 November 2025 untuk pasaran antarabangsa. OnePlus masih belum mendedahkan tarikh pelancarannya secara rasmi, namun mereka telah berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan reka bentuk telefon ini serta cipsetnya yang menggunakan Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5.

    Kini spesifikasi lanjut mengenainya juga telah tertiris, di mana ia akan dilengkapi skrin dengan panel LTPO BOE X3, resolusi 1.5K, kadar segar semula 165Hz, kecerahan puncak 1,800 nits serta menyokong kandungan Dolby Vision dan HDR10+.

    Untuk spesifikasi dalaman, ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5, RAM LPDDR5X (berkapasiti 12GB atau 16GB) dan storan dalaman UFS 4.1 (kapasiti 256GB, 512GB atau 1TB). Baterinya berkapasiti 7,300mAh dan ia menyokong kadar pengecasan pantas 120W serta pengecasan wayarles 50W.

    Ia mempunyai tiga kamera di belakang iaitu kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYT-700, kamera telefoto 50MP (zum 3.5x) dengan sensor Samsung JN5 dan kamera ultra-lebar 50MP dengan sensor Samsung JN5. Semua kamera ini menyokong penstabilan imej optikal.

    Selain itu, ia mempunyai rating kalis air IP69, port USB-C 3.2 Gen 1, pembesar suara stereo, fungsi NFC dan enjin haptik yang besar.

    Semua spesifikasi ini bukanlah maklumat rasmi daripada OnePlus, namun ia merupakan ramalan daripada pengkhabar teknologi di Weibo. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured