More

    OnePlus 15T sah bakal dilancar secara rasmi pada 24 Mac ini

    OnePlus mengesahkan pelancaran rasmi model baharu OnePlus 15T yang dijadualkan berlangsung pada 24 Mac ini di China. Peranti tersebut juga telah dibuka untuk tempahan menerusi platform dalam talian OPPO di negara berkenaan yang mengesahkan konfigurasi serta pilihan warna yang ditawarkan.

    OnePlus 15T hadir dalam lima varian iaitu 12/256GB, 12/512GB, 16/256GB, 16/512GB dan 16/1TB. Tiga pilihan warna seperti Relaxing Matcha, Pure Cocoa dan Healing White Chocolate. Ia diposisikan sebagai mercu kompak berfokus prestasi dengan paparan OLED LTPO bersaiz 6.32 inci. Skrinnya menyokong resolusi 1.5K, kadar segar semula 165Hz dan bezel ultra nipis 1.1mm.

    OnePlus 15T juga dilengkapi pengimbas cap jari ultrasonik terbina dalam skrin. Selain itu, ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama RAM LPDDR5x dan storan UFS 4.1. Baterinya pula berkapasiti 7,500mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 100W, wayarles 50W dan fungsi bypass charging.

    Sistem operasi yang digunakan ialah Android 16 dengan lapisan ColorOS 16. Untuk kamera, peranti ini menampilkan kamera swafoto 32MP dan sistem dwi-kamera belakang 50MP yang merangkumi lensa telefoto periskop dengan zum optikal 3.5x. Ciri tambahan lain termasuk butang Plus Key, rangka logam dan penarafan kalis air serta debu IP66, IP68, IP69 dan IP69K.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Boost SME dilancar: Platform perbankan digital PKS dengan faedah harian 3.0%

    Boost melancarkan Boost SME iaitu sebuah platform perbankan digital sepenuhnya yang menghimpunkan perkhidmatan kewangan, pembayaran dan perbankan dalam satu ekosistem. Langkah ini...

    Samsung jadi pengeluar TV dan monitor rasmi untuk Call of Duty: Modern Warfare 4

    Samsung Electronics mengumumkan kerjasama eksklusif bersama Activision untuk menjadi rakan kelengkapan paparan dan audio rasmi permainan Call of Duty: Modern Warfare 4....

    Kereta EV pertama Ferrari dilelong pada harga $40 juta

    Ferrari Luce yang merupakan kereta elektrik (EV) pertama keluaran Ferrari telah dijual pada harga $40 juta (~RM177 juta) dalam satu acara lelong....

    Sony tamatkan cakera fizikal PS5, harga “game” digital akan lebih murah?

    Sony mengesahkan akan menghentikan pengeluaran cakera fizikal bagi permainan baharu PlayStation bermula Januari 2028. Keputusan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna bahawa...

    Google kini benarkan pengguna Gemini buang “watermark” pada kandungan AI

    Google mengemaskini platform Gemini dengan memperkenalkan tetapan baharu yang dinamakan Media Watermark. Tetapan ini memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengekalkan atau mengalih...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured