More

    OnePlus 8T dengan Android 11, Snapdragon 865 melepasi kelulusan di India

    Mungkin ramai peminat yang sudah tahu mengenai OnePlus yang bakal melancarkan peranti seterusnya dalam ahli keluarga OnePlus 8, iaitu OnePlus 8T. Petanda-petanda pelancarannya kini timbul, menguatkan lagi dakwaan pelancarannya dalam masa terdekat.

    OnePlus 8T dilihat melepasi kelulusan agensi Bureau of Indian Standards (BIS) melalui nombor model KB2001 dengan kod nama “Kebab”. Menurut sumber, OnePlus 8T dilengkapi Snapdragon 865, RAM sehingga 8GB dan Android 11.

    Melalui ura-ura sebelum ini, OnePlus 8T juga dikatakan bakal hadir dengan rekaan skrin berlubang (punch hole) AMOLED. Berdasarkan garis masa pelancaran OnePlus 7T sebelum ini, OnePlus 8T mungkin hadir pada garis masa yang sama iaitu; hujung September ini.

    Adakah anda salah seorang peminat peranti OnePlus? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai ura-ura OnePlus 8T.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...