More

    OnePlus 9RT akan dilancar untuk pasaran global dalam masa terdekat

    Varian terbaru dalam siri telefon pintar andalan OnePlus 9, OnePlus 9RT, telah dilancar di China pada bulan Oktober 2021 dan kini mereka bakal melancarkannya untuk pasaran global dalam masa terdekat.

    Baru-baru ini, OnePlus India telah menulis satu ciapan yang mengatakan “Get ready to decode greatness. Coming soon!” Ia diikuti dengan kod Morse yang diterjemahkan sebagai “OnePlus 9RT.”

    OnePlus 9RT adalah varian OnePlus 9 yang dikhaskan untuk gaming, di mana ia mempunyai skrin yang boleh membaca sentuhan pengguna dengan pantas serta memiliki sistem penyejukan yang lebih canggih berbanding varian lain.

    Ia dilengkapi cipset Snapdragon 888, skrin AMOLED 6.62 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuhan 600Hz, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 65W. Untuk fotografi pula, ia dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX766, kamera ultra-lebar 16MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 16MP.

    Ia dijual di China pada harga CNY3,300 (~RM2,170). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...