More

    OnePlus 9T mungkin akan dilancar pada September, dilengkapi kamera Hasselblad 108MP

    Telefon pintar andalan seterusnya oleh OnePlus iaitu OnePlus 9T mungkin akan dilancar pada suku ketiga 2021, sekitar bulan September. Selain itu, ia juga mungkin akan dilengkapi perisian ColorOS 11 iaitu perisian berdasarkan Android 11 yang dibina oleh OPPO.

    Memandangkan OnePlus kini merupakan jenama di bawah naungan OPPO, tidak mengejutkan apabila ColorOS bakal digunakan dalam telefon OnePlus seterusnya walaupun mereka mengesahkan bahawa OxygenOS masih kekal. Di samping itu, kamera OnePlus 9T bakal dilengkapi teknologi Hasselblad yang terdapat dalam siri OnePlus 9 iaitu empat kamera 108MP.

    Spesifikasi lain yang telah tertiris termasuklah skrin Samsung AMOLED E4 120Hz dan cipset Snapdragon 888 Plus. Sebagai rujukan, OnePlus 8T telah dilancar pada bulan Oktober 2020 dan dilengkapi spesifikasi tercanggih pada waktu itu seperti cipset Snapdragon 865, pengecasan Warp Charge 65W dan perisian OxygenOS 11.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured