More

    OnePlus Ace 3 dilancar: SD 8 Gen 2, skrin LTPO AMOLED 6.7″ bermula ~RM1,691

    OnePlus Ace 3 yang dinanti-nantikan telah dilancaran sebagai peranti pertama OnePlus pada tahun 2024, menggantikan Ace 2. Didedahkan dalam satu acara pelancaran khas di China, Ace 3 mempunyai peningkatan spesifikasi yang ketara termasuk pilihan storan sehingga 1TB.

    Peranti ini mempunyai paparan LTPO AMOLED lengkung 6.7 inci dengan resolusi 1,240 x 2,772 piksel dan kadar segar adaptif 1-120Hz. Panel buatan BOE ini juga menyokong kecerahan sehingga 1,600 nits dalam mod Auto dan hingga 4,500 nits kecerahan puncak, dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus 2.

    Bahagian belakang telefon ini memuatkan susunan tri-kamera dipimpin oleh kamera utama Sony IMX890 50MP dengan OIS, disertai dengan lensa ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Ace 3 menampilkan bingkai aluminium, belakang kaca bergaya bersalut beku danpulau kamera bulat yang digabungkan dengan lancar ke dalam bingkai sisi. Peranti ini juga mengekalkan peluncur amaran tiga peringkat ikonik

    Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 2 , ia membawa RAM LPDDR5X 12/16GB dan storan UFS 4.0 sehingga 1TB. Ia beroperasi pada ColorOS 14 berdasarkan Android 14. Peranti ini memiliki bateri 5,500mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 100W, menjanjikan cas penuh dari 0-100% dalam hanya 27 minit.

    Dalam warna hitam, biru, dan emas ros, OnePlus Ace 3 bermula pada harga CNY 2,599 (~RM1,691) untuk varian 12/256GB dan meningkat hingga CNY 3,499 (~RM2,277) untuk versi RAM 16GB dan storan 1TB. Pelancaran antarabangsa dijangka sebagai OnePlus 12R pada akhir bulan ini semasa acara pelancaran global OnePlus 12.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO China

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured