More

    OnePlus Ace 6 Ultra muncul dengan konsep “gaming handheld”

    OnePlus dilihat semakin agresif dalam segmen peranti gaming apabila dilaporkan sedang membangunkan model baharu iaitu OnePlus Ace 6 Ultra yang hadir dengan pendekatan unik menyerupai konsol mudah alih. Menurut sumber, ia bukan sekadar telefon pintar gaming biasa, sebaliknya boleh bertukar menjadi “gaming handheld” melalui aksesori pengawal khas.

    Pengawal tersebut direka khusus untuk dipasang terus pada telefon yang menawarkan pengalaman seakan konsol mudah alih. Ia dilengkapi dengan butang fizikal yang menyokong fungsi pemetaan, micro-switch berprestasi tinggi dengan kadar polling 1000Hz serta masa tindak balas sekitar 1.8ms untuk kawalan lebih responsif.

    Selain itu, pengawal hadir dengan kipas penyejuk magnetik bagi mengawal suhu, antena khas untuk kestabilan sambungan rangkaian dan port USB-C yang membolehkan pengecasan dilakukan sambil bermain. Untuk spesifikasi, OnePlus Ace 6 Ultra dijangka menawarkan skrin bersaiz sekitar 6.78 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 165Hz.

    Ia berkemungkinan dikuasakan cip kelas mercu bersama kapasiti bateri besar sekitar 8,600mAh (dwi-sel) dengan sokongan pengecasan pantas 100W. Walaupun konsep ini memberikan pengalaman seperti konsol, ia masih bergantung kepada telefon pintar sebagai unit utama dan bukan peranti berdiri sendiri seperti Steam Deck.

    Namun begitu, terdapat spekulasi bahawa OnePlus mungkin sedang menguji pasaran sebelum memperkenalkan peranti handheld sebenar pada masa hadapan. Buat masa ini, peranti tersebut dijangka akan diperkenalkan secara rasmi di China sekitar penghujung April 2026. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...