More

    OnePlus Ace Racing Edition dilancar: Dimensity 8100-Max, skrin LCD 6.59″ & bateri 5,000mAh bermula ~RM1,300

    OnePlus Ace yang telah dilancarkan di China kini membawa satu lagi varian baharu yang dinamakan OnePlus Ace Racing Edition. Spesifikasi telefon ini agak berbeza daripada OnePlus Ace.

    OnePlus Ace dan Ace Racing Edition mempunyai cipset MediaTek Dimensity 8100-Max yang sama seperti yang diiklankan. Tetapi, paparan yang digunakan Ace Racing Edition adalah LCD 6.59 inci yang menyokong kadar penyegaran 120Hz dan bukanlah paparan AMOLED. Ace Racing Edition juga mempunyai kadar pensampelan sentuhan 240Hz.

    Selain itu, Ace Racing Edition menampilkan tri-kamera belakang yang terdiri daripada persediaan 64MP (utama) + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro) dan kamera swafoto 16MP di dalam punch-hole pada paparan kiri atas. Perisian yang diguanakan adalah Sporting ColorOS 12.1 berdasarkan Android 12. Peranti ini membawa bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W.

    Terdapat tiga varian OnePlus Ace Racing Edition secara keseluruhan berdasarkan konfigurasi memori:

    • 8GB + 128GB – 1999 Yuan (~RM1,301)
    • 8GB + 256GB – 2199 Yuan (~RM1,431)
    • 12GB + 256GB – 2499 Yuan (~RM1,626)

    Kami tidak pasti akan kehadiran edisi baharu ini di Malaysia kerana OnePlus Ace standard tidak ada di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured