More

    OnePlus Buds Pro 2 dilancar di Malaysia: Spatial audio, ANC dan Hi-Res berharga RM829

    Selain menlancarkan telefon andalan baharu OnePlus OnePlus 11 5G hari ini, OnePlus Malaysia turut membawakan fon telinga pembatalan hingar (ANC) wayarles OnePlus Buds Pro 2. OnePlus Buds Pro 2 tersedia dalam dua warna iaitu Arbor Green dan Obsidian Black.

    Ia dilengkapi dengan driver 11mm dan 6mm yang ditala bersama dengan Dynaudio. Ia mempunyai kedalaman pengurangan hingar aktif mencapai 48dB, jalur pengurangan hingar ditingkatkan kepada 4000Hz dan kadar pembatalan hingar mencapai 99.6%. Ia juga menyokong mod telus dan pengurangan hingar panggilan dengan tiga mikrofon.

    Fon telinga ini juga mempunyai sensor IMU enam paksi berketepatan tinggi yang menyokong audio spatial pautan penuh. Daripada segi sambungan, set kepala OnePlus Buds Pro 2 menyokong protokol LHDC 5.0 (128kbps-1000kbps), Bluetooth 5.3, Hi-Res Wireless dan mempunyai latency serendah 54ms.

    OnePlus Buds Pro 2 boleh bertahan selama 6 jam dengan pengurangan hingar dihidupkan dan 9 jam dengan pengurangan hingar dimatikan. Bekas pengecasan memberikan hayat bateri sehingga 39 jam. Ia boleh dicas selama 10 minit dan mendengar muzik selama 3 jam serta menyokong pengecasan tanpa wayar Qi.

    OnePlus Buds Pro 2 berharga RM869 dengan jualan pertama bermula pada 25 Februari 2023. Anda juga boleh mendapatkan fon telinga secara percuma jika anda membeli OnePlus 11 5G semasa tempoh tempahan berlangsung.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 11 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured