More

    OnePlus Buds Pro dilancar: Dual Connection, IP55 dan bateri tahan 38 jam berharga ~RM524

    Bulan lalu, OnePlus Buds Z2 telah dilancarkan dengan tanda harga ~RM420. Hari ini, syarikat itu telah melancarkan satu lagi TWS di China yang dipanggil OnePlus Buds Pro dan hadir dengan harga runcit rasmi CNY799 (~RM524).

    Menurut sumber, TWS ini hadir dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan perak metalik. Buds Pro ini menampilkan ciri Dual Connection yang membolehkan pengguna menyambungkan ia kepada dua peranti secara serentak dan akan bertukar secara automatik antara peranti tersebut bergantung pada peranti yang mula memainkan audio.

    Selain itu, ia menyokong rintangan air IP55, pemacu dinamik 11mm, Bluetooth 5.2, respon super rendah 94ms, audio berkualiti tinggi LHDC dan pengurangan hingar AI 40db. Selain itu, kotak pengecasannya menyokong pengecasan berwayar, wayarles dan pengecas kilat Warp.

    Fon telinga ini boleh bertahan sehingga 7 jam main balik muzik dengan sekali cas dan 38 jam dengan kotak pengecas. 10 minit masa pengecasan, ia boleh bertahan sehingga 10 jam main semula muzik. Adakah anda mahu TWS ini datang ke pasaran Malaysia?

    Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured