More

    OnePlus dedahkan imej OnePlus 10 Pro, miliki kamera talaan Hasselblad

    OnePlus biasanya memperkenalkan telefon andalan baharunya pada musim bunga. Tetapi tahun ini, ia akan mengumumkan One Plus 10 Pro di Las Vegas pada minggu ini sebelum pelancaran rasminya di China pada 11 Januari. Namun hari ini, di CES, OnePlus telah mendedahkan gambar rasmi pertama yang menunjukkan reka bentuk OnePlus 10 Pro.

    OnePlus 10 Pro memaparkan estetika dua tona dengan kemasan matte iaitu warna hijau atau hitam yang diserlahkan oleh modul kamera empat di bahagian belakang serta terdapat tulisan ‘Hasselblad’. Beberapa perkara yang boleh kita perolehi daripada imej ini. Yang pertama ialah kekurangan pengimbas cap jari di belakang atau sisi yang memberi bayangan bahawa fungsinya mungkin terletak pada skrin.

    Telefon ini kelihatan agak menarik walaupun bentuk dan peletakan modul kamera mirip Samsung Galaxy S21. Walau bagaimanapun, persoalan utama mengenai peranti ini ialah kamera belakang keempatnya yang tidak kelihatan seperti lensa kamera biasa dan mempunyai label “P2D 50T”. Untuk pengetahuan, terdapat imej yang tertiris sebelum ini mengenai reka bentuk kameranya.

    Namun, berdasarkan ulasan sebelum ini daripada pengasas bersama OnePlus dan Ketua Pegawai Eksekutif Pete Lau, beliau berkata bahawa syarikatnya mahu menambah baik kamera pada telefon OnePlus dan lensa yang berlabel “P2D 50T” nampaknya merupakan ciri besar yang membezakan OnePlus 10 Pro daripada telefon pintar utama yang lain.

    Khabar angin mengatakan bahawa P2D ialah nama OnePlus untuk jenis sistem autofokus baharu iaitu menggunakan kamera keempat itu sebagai sensor fokus khusus dan bukannya kamera biasa. Walaupun begitu, tulisan 50T itu juga boleh bermaksud zum 50x atau mungkin makro 50x.

    Melalui video acahan OnePlus yang baru dikeluarkan juga menunjukkan telefon ini akan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 1. Kami menjangkakan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai OnePlus 10 Pro minggu ini di CES sebelum pelancaran rasminya di China minggu depan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...