More

    OnePlus dilapor bakal henti operasi peringkat global seawal April 2026

    OnePlus dilapor bakal menamatkan operasi telefon pintar di beberapa pasaran global kerana memberi tumpuan lebih besar kepada pasaran China dan segmen peranti mampu milik di India. Maklumat tersebut muncul selepas beberapa laporan dan khabar angin yang beredar dalam talian sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

    Walaupun hantaran tersebut telah dipadam, sumber mendakwa operasi OnePlus mungkin ditamatkan di beberapa wilayah termasuk sebahagian besar Eropah seawal April 2026, namun garis masa rasmi masih belum disahkan. Beberapa kakitangan dilaporkan telah dimaklumkan lebih awal mengenai keputusan tersebut dan ada yang menerima pakej pampasan penamatan kerja.

    Pada masa sama, bekas Ketua Pegawai Eksekutif OnePlus India, Robin Liu, dilaporkan meninggalkan syarikat itu dan kembali ke China yang menambah spekulasi mengenai perubahan besar dalam operasi global jenama berkenaan. Perubahan strategi ini juga dilihat berkait dengan hubungan lebih rapat antara OnePlus dan syarikat induknya, OPPO.

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa operasi OnePlus di Eropah telah dikecilkan sementara bekas ketua OnePlus, Pete Lau, kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Produk di OPPO. Selain itu, laporan turut menyebut beberapa kerjasama lama seperti kerjasama kamera dengan Hasselblad telah berakhir pada pelancaran telefon OnePlus terbaharu walaupun kerjasama itu masih diteruskan pada peranti mercu OPPO.

    Faktor keadaan pasaran global termasuk kekurangan komponen memori dan kos pengeluaran yang meningkat juga dipercayai mempengaruhi keputusan strategik syarikat. Walaupun beberapa produk OnePlus masih berada dalam perancangan pelancaran, banyak daripadanya dijangka hanya ditawarkan di China kecuali diumumkan sebaliknya.

    Buat masa ini, kesan keputusan tersebut terhadap sokongan peranti sedia ada termasuk kemas kini perisian dan komuniti pengguna masih belum jelas. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5Google

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured