fbpx
More

    OnePlus kongsi gambar yang diambil dari kamera ultra-lebar OnePlus 10 Pro dengan sudut 150°

    OnePlus bakal melancarkan siri telefon pintar andalan terbaru untuk 2022, OnePlus 10, pada 11 Januari 2021 dan kini syarikat tersebut telah berkongsi beberapa gambar yang diambil daripada kamera ultra-lebar dalam varian OnePlus 10 Pro dalam media sosial Weibo.

    Apa yang menarik tentang kamera ini adalah ia mempunyai sudut ultra-lebar yang sangat luas iaitu sebanyak 150°. Ini adalah lebih luas berbanding kebanyakan kamera ultra-lebar lain yang mempunyai sudut sekitar 120° sahaja.

    Sudut ini membenarkan OnePlus 10 Pro untuk mengambil gambar dengan efek mata ikan (fisheye) dan menangkap lebih banyak butiran dalam gambar.

    OnePlus 10 juga bakal menjadi siri telefon kedua oleh OnePlus yang dibina dengan kerjasama syarikat kamera Hasselblad. OnePlus 10 Pro akan mempunyai fungsi Hasselblad Natural Color Optimization 2.0 untuk menghasilkan gred warna mirip profesional serta mod Hasselblad Professional Mode 2.0 RAW untuk pelarasan warna yang lebih halus.

    Sebelum ini, pengiktirafan China TENAA telah mengesahkan bahawa OnePlus 10 Pro akan dilengkapi kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 50MP, kamera telefoto 3x 8MP dan kamera hadapan 32MP.

    Spesifikasi yang telah disahkan untuk OnePlus 10 Pro termasuklah cipset Snapdragon 8 Gen 1, skrin berukuran 6.7 inci dengan resolusi QHD+ dan panel LTPO 2.0 dengan kadar boleh ubah 1-120Hz.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 10 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    vivo Y100 5G dalam warna oren akan dilancar untuk pasaran Malaysia

    vivo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y100 5G pada bulan Februari lalu yang ditawarkan dalam pilihan warna ungu dan...

    PROTON ingin anda teka nama EV pertama mereka untuk peluang menangi RM5,000

    Syarikat automotif tempatan PROTON kini sedang menganjurkan satu pertandingan menarik di mana anda boleh teka dan menyahkod nama untuk model kenderaan elektrik...

    Ulike Air10 dilancar di Malaysia: Peranti IPL singkirkan bulu berharga RM1,699

    Ulike memperkenalkan peranti Intense Pulsed Light (IPL) pertama mereka, Ulike Air10 yang dilengkapi dengan fungsi dwi lampu dan mod SHR yang diinspirasikan...

    HONOR Magic6 Pro kini ditawar dalam warna ungu Cloud Purple

    HONOR Malaysia menawarkan pilihan warna baharu untuk telefon pintar andalan HONOR Magic6 Pro iaitu warna ungu Cloud Purple. Telefon ini menampilkan hiasan...

    Kemas kini One UI 6.1 bawa keupayaan Galaxy AI ke lebih banyak peranti Samsung...

    Peminat Samsung di Malaysia kini boleh menikmati ciri Galaxy AI dengan kemas kini One UI 6.1 terkini yang tersedia pada peranti siri...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X