More

    OnePlus lancarkan Nord 5, Nord CE 5 dengan cip baharu dan bateri besar bermula ~RM1,236

    OnePlus hari ini memperkenalkan dua peranti terbaharu dalam siri Nord dengan OnePlus Nord 5 dan OnePlus Nord CE 5 menerusi acara pelancaran OnePlus Summer Launch 2025. Kedua-dua peranti menyasarkan pengguna kelas pertengahan yang mahukan prestasi tinggi, teknologi terkini dan kapasiti bateri besar dengan harga berpatutan.

    OnePlus Nord 5 merupakan peranti pertama dalam siri Nord yang menggunakan cip berkuasa Snapdragon 8s Gen 3. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 512GB. Paparan pula menggunakan OLED 6.83 inci beresolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz, kecerahan sehingga 1,800 nits, perlindungan Gorilla Glass 7i dan penarafan IP65.

    Bahagian kamera pula dilengkapi sensor utama 50MP Sony LYT-700 dengan OIS, ultra lebar 8MP dan kamera swafoto 50MP yang menyokong rakaman video 4K/60fps. Baterinya berkapasiti 6,800mAh dan pengecasan pantas 80W SuperVOOC yang menyokong pengecasan bypass. Menariknya, terdapat “Plus Key” iaitu butang fizikal yang boleh diprogramkan.

    OnePlus Nord CE 5 pula tampil sebagai pilihan lebih berpatutan, tetapi tetap membawa ciri menarik. Ia dijana cip MediaTek Dimensity 8350 Apex (4nm) dan hadir dengan RAM hingga 12GB, storan hingga 256GB serta sokongan tambahan kad microSD sehingga 1TB.

    Kekuatan utama Nord CE 5 terletak pada baterinya yang sangat besar iaitu 7,100mAh, dilengkapi pengecasan 80W SuperVOOC dan fungsi pengecasan pintasan yang memberikan ketahanan sehingga 27 jam penggunaan aktif. Peranti ini menggunakan skrin 6.77 inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan sehingga 1,430 nits.

    Kamera utamanya ialah 50MP Sony LYT-600 dengan OIS digandingkan ultra lebar 8MP dan kamera swafoto 16MP Sony IMX480. Ciri tambahan termasuk sistem penyejukan vakum graphene, pengimbas cap jari dalam skrin dan IR blaster. Untuk maklumat lanjut atau pelancaran di Malaysia, sama-sama nantikan pengumuman rasmi OnePlus Malaysia dalam masa terdekat.

    Harga OnePlus Nord 5 bermula daripada ₹31,999 (~RM1,582) untuk varian 8/256GB dan varian tertinggi 12/512GB berharga ₹37,999 (~RM1,880). Bagi OnePlus Nord CE 5 pula, ia ditawarkan pada harga bermula ₹24,999 (~RM1,236) untuk varian 8/128GB, diikuti ₹26,999 (~RM1,335) untuk 8/256GB dan ₹28,999 (~RM1,434) untuk model 12/256GB.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...