More

    OnePlus merancang untuk perkenal rakaman video 8K 960fps

    Media melaporkan bahawa OnePlus sedang merancang untuk membawa rakaman video 8K 960fps ke dalam peranti-perantinya. Fungsi ini telah dikesan dalam binaan versi beta OxygenOS 11 yang dilancarkan baru-baru ini untuk OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro.

    Seperti yang boleh dilihat dalam kod di bawah, terdapat beberapa tetapan untuk rakaman bingkai tinggi (high frame rate) iaitu 120fps, 240fps, 480fps dan 960fps untuk resolusi 4K dan 8K.

    Perlu diingati bahawa fungsi ini mungkin tidak akan diperkenalkan dalam peranti OnePlus sedia ada kerana kekangan komponen kamera terkini. Pemproses isyarat gambar (ISP) Spectra 480 dalam Snapdragon 865 hanya boleh menyokong rakaman 960fps pada 720p, manakala 8K pada 30fps sahaja.

    Ia mungkin akan diperkenalkan untuk peranti OnePlus yang akan datang sama ada OnePlus 8T atau OnePlus 9 pada tahun depan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured