More

    OnePlus Nord 3 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 9000 dan skrin AMOLED 6.74″ pada RM2,199

    OnePlus telah melancarkan OnePlus Nord 3 5G dan OnePlus Nord Buds 2r. Telefon kelas pertengahan ini menampilkan reka bentuk menarik dengan penarafan kalis air dan habuk IP54.

    Bahagian hadapan telefon menggunakan paparan AMOLED Super Fluid 6.74 inci 120Hz dengan 450 piksel per inci, kecerahan sehingga 1450 nits dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 93.5%. Skrin dikelilingi oleh bezel nipis yang berukuran hanya 1.46mm pada setiap sisi skrin dan 2.31mm di bawahnya. Bahagian belakang peranti pula menunjukkan warna Misty Green dengan tekstur kaca berkilat.

    Ia senipis 8.15mm di mana bahagian sisinya mempunyai OnePlus Alert Slider serta dwi pembesar suara stereo yang menampilkan pemacu Dirac, diperakui Hi-Res Audio dan Dolby Atmos. Ia juga menggunakan cipset MediaTek Dimensity 9000 4nm okta-teras serta penstabil kadar bingkai GPA OnePlus sendiri dan enjin HyperTouch untuk tindak balas serta-merta.

    OnePlus Nord 3 5G membawa RAM LPDDR5X 16GB dengan gabungan RAM-Vita OnePlus, pengecasan SUPERVOOC 80W untuk bateri 5,000mAh yang digunakan yang meningkatkan kuasa bateri daripada 1-100% dalam setengah jam. Kesihatan bateri dikatakan memberikan jangka hayat sehingga 1600 kitaran pengecasan.

    Selain itu, telefon ini turut disokong oleh sistem penyejukan berukuran 4129.88mm2 dengan ruang wap yang besar. Beralih kepada kamera, kamera utama OnePlus Nord 3 5G adalah Sony IMX890 50MP dengan penstabilan imej optikal dan dilengkapi dengan TurboRAW Night. Telefon ini turut menyokong videografi 4K 60 bingkai sesaat, yang pertama untuk julat OnePlus Nord.

    Telefon ini dilancarkan dengan sistem operasi OxygenOS 13.1, memberikan pengurangan 40% dalam penggunaan kuasa aplikasi dan pemasangan aplikasi 15% lebih pantas daripada OxygenOS 12. Pembeli OnePlus Nord 3 5G akan menerima tiga kemas kini perisian Android utama dan empat tahun penuh kemas kini keselamatan dengan penarafan TÜV SÜD 48-Month Fluency A.

    Berikut adalah spesifikasi ringkas OnePkus Nord 3 5G:

    • MediaTek Dimensity 9000 4nm
    • Paparan AMOLED Super Fluid 6.74 inci 120Hz
    • 450 piksel per inci, kecerahan sehingga 1450 nits dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 93.5%
    • RAM LPDDR5X 16GB dan storan 256GB
    • Bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan SUPERVOOC 80W
    • Kamera utama Sony IMX890 50MP
    • OxygenOS 13.1
    • Dwi pembesar suara stereo
    • Warna: Misty Green

    OnePlus Nord 3 5G akan disediakan di Malaysia pada harga RM2,199 (16GB/256GB) tetapi pra-tempah telahpun bermula dari 5 Julai 2023, 10 malam. Dalam pada itu, OnePlus akan mengadakan acara luar talian dengan duta Telefon Pintar OnePlus APAC Jackson Wang pada 22 Julai di Bangkok. Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh mendaftar di laman web rasmi OnePlus di sini dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara tersebut.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured