Kali terakhir OnePlus melancarkan telefon pintar adalah untuk OnePlus Nord CE4 pada bulan April lalu. Kini syarikat teknologi China itu mungkin akan melancarkan telefon kelas pertengahan pula iaitu OnePlus Nord 4. Menurut sumber, OnePlus Nord 4 akan dilancar pada minggu ketiga dalam bulan Julai 2024, iaitu di antara 15 hingga 21 Julai.
OnePlus Nord 4 dijangka merupakan sebuah telefon yang dijenamakan semula daripada OnePlus Ace 3V yang dilancar khusus untuk pasaran China sahaja. Selain itu, ia juga akan dilengkapi fungsi OnePlus AI yang boleh menyunting gambar dengan lebih mudah dan tepat.
Jika Nord 4 adalah Ace 3V yang dijenamakan semula, maksudnya ia akan dilengkapi skrin AMOLED 120Hz 6.74 inci, cipset Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 3, RAM sehingga 16GB, storan dalaman sehingga 512GB, bateri 5,500mAh, pengecasan pantas 100W dan kamera 50MP+8MP.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon seterusnya oleh OnePlus dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: MySmartPrix






