More

    OnePlus Nord CE 2 5G bakal dilancar secara rasmi pada 17 Februari ini

    OnePlus India secara rasmi mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar OnePlus Nord CE 2 5G pada 17 Februari yang dijangka menjadi model kelas pertengahan. Sebelum ini dilaporkan bahawa OnePlus Nord CE 2 5G akan dilengkapi dengan paparan FHD+ AMOLED 6.43 inci yang menyokong kadar penyegaran semula 90Hz.

    Ia juga akan menggunakan cipset MediaTek Dimensity 900, RAM 6/8GB LPDDR4X dan storan 128GB UFS2.2. Tidak jelas sama ada lebih banyak versi storan akan disediakan. Selain itu, telefon itu akan dilengkapi dengan tiga kamera belakang iaitu kamera utama 64MP, ultra lebar 8MP dan makro 2MP serta kamera swafoto 16MP.

    Baterinya berkapasiti 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W dan pengimbas cap jari di bawah skrin. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured