More

    OnePlus Nord CE 4 Lite 5G dilancar di Malaysia: AMOLED 120Hz, cas pantas 80W bermula RM1,399

    Pada hari ini, OnePlus Malaysia melancarkan telefon pintar kelas pertengahan baharu OnePlus Nord CE 4 Lite 5G. Ia akan dijual dalam pasaran tempatan pada harga bermula RM1,399 dan dilengkapi beberapa spesifikasi menarik seperti pengecasan pantas 80W, bateri besar dan skrin AMOLED dengan kadar pantas.

    Ciri utama yang menonjolkan peranti ini adalah baterinya yang sangat besar iaitu 5,500mAh, di mana OnePlus mengatakan sudah cukup untuk kegunaan biasa selama dua hari. Bateri ini juga menyokong teknologi pengecasan pantas 80W SUPERVOOC yang boleh mengecas penuh daripada 1% hingga 100% dalam masa 52 minit sahaja.

    OnePlus mengatakan bateri ini masih boleh mengekalkan kapasiti yang optimal, walaupun selepas ia dicas sebanyak 1,600 kali. Ia turut menyokong pengecasan berbalik 5W bagi mengecas peranti lain.

    Di hadapan, ia mempunyai skrin AMOLED berukuran 6.67 inci dengan resolusi Full HD+, kadar segar semula 120Hz untuk animasi lancar serta kecerahan puncak 2,100 nits bagi memudahkan penggunaan bawah cahaya matahari terik. Ia juga mempunyai fungsi Aqua Touch yang boleh membaca sentuhan anda walaupun dengan jari yang basah akibat air atau peluh.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 695 5G, RAM LPDDR4x 8GB dan storan dalaman UFS2.2 256GB. Storannya boleh dibesarkan sehingga 2TB dengan kad memori microSD.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYTIA 600 dan sensor kedalaman 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP. Kamera utamanya mempunyai keboleh in-sensor zoom 2x bagi mengekalkan butiran gambar walaupun dalam mod zum.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OnePlus Nord CE 4 Lite 5G:

    • Skrin AMOLED 6.67 inci, resolusi 1080×2400, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 2,100 nits, gamut warna sRGB 100%, nisbah skrin-ke-badan 92.2%, pengimbas cap jari bawah skrin
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 695 5G
    • RAM LPDDR4X 8GB
    • Storan dalaman UFS 2.2 256GB, boleh dibesarkan dengan microSD sehingga 2TB
    • Kamera utama 50MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,500mAh
    • Pengecasan pantas 80W SUPERVOOC, pengecas disertakan dalam kotak
    • Port USB-C 2.0, bicu audio 3.5mm
    • Pembesar suara stereo, volume boleh cecah 300%
    • Sistem operasi Android 14 dengan OxygenOS 14
    • Pilihan warna Super Silver dan Mega Blue
    • Harga: RM1,399

    OnePlus Nord CE 4 Lite 5G boleh didapati di laman web OnePlus Malaysia, Lazada atau Shopee. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...