More

    OnePlus Nord CE4 Lite 5G akan dilancar pada 24 Jun 2024, dilengkapi cas pantas 80W

    Selepas OnePlus Nord CE4 dilancar pada April lalu, kini OnePlus akan melancarkan telefon seterusnya dalam siri telefon kelas pertengahan Nord iaitu OnePlus Nord CE4 Lite 5G. Ia akan dilancar di India pada 24 Jun 2024 jam 7:00 malam IST (9:30 malam waktu Malaysia) dan pada waktu ini, beberapa spesifikasi asas mengenainya sudah didedahkan.

    Menurut laman web rasmi OnePlus, Nord CE4 Lite 5G akan dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYTIA dan penstabilan imej optikal yang menjanjikan kualiti gambar dan video cantik.

    Di hadapan, ia mempunyai skrin rata yang menggunakan panel AMOLED dan boleh menjana kecerahan puncak 2,100 nits supaya ia lebih mudah dilihat walaupun sewaktu berada di bawah cahaya matahari terik.

    Selain itu, ia mempunyai bateri 5,110mAh yang sangat besar dan menyokong pengecasan berbalik (reverse charging) untuk mengecas peranti lain seperti fon telinga, aksesori atau telefon rakan. Lebih menarik, bateri ini menyokong kadar pengecasan pantas 80W SUPERVOOC yang boleh mengecas pantas dalam masa 50 minit sahaja.

    Spesifikasi lain mengenai peranti ini masih belum dimaklumkan oleh OnePlus, dan setakat ini masih tiada maklumat jika ia akan ditawarkan dalam pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured